PASCAMALAM
MS

Tentang

Lim Wei Wen

Lim Wei Wen dilahirkan di Melaka dan sedang menuntut pelajaran di Universiti Teknologi Malaysia dalam Sarjana Muda Sains (Kimia Industri). Dalam bidang penulisan puisi, beberapa karya eceran berjaya diterbitkan di dalam majalah dan akhbar termasuklah Tunas Cipta, Tukang Puisi, Dewan Siswa, Dewan Bahasa, Berita Harian, Suara Sarawak, Harian Ekspress, dan Wilayahku.

Lim yang juga merupakan Alumni Minggu Penulis Remaja 2021 pernah memenangi Sayembara SAHARA edisi Ogos 2021 anjuran Persatuan Penyair Malaysia dan Naib Johan bagi Sayembara Penulisan Menara 2021 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka. Kumpulan puisi ini merupakan kumpulan puisi sulung Lim.

Lim Wei Wen

Biodata daripada buku PASCAMALAM.

Lim Wei Wen membaca puisi daripada Pascamalam di hadapan mikrofon.

Prakata

Prakata Pascamalam ditulis tangan pada helaian buku latihan lama, terletak di atas meja marmar kopitiam dengan segelas teh tarik, dinamai Lim Wei Wen, Ogos 2023. Teks penuh disediakan selepas imej.

Kenangan selalunya hadir untuk melukiskan senja dalam kehidupan. Di situ saya bersua dengan watak-watak yang sedang menikmati cahaya. Tubuh mereka, cahaya sentiasa menjalar dan cerah menjadi satu-satunya arah untuk mengenali pulang.

Pascamalam menghidangkan para pembaca dengan rakaman kenangan sewaktu di menara gading. Suatu tempoh untuk seorang yang bergelar mahasiwa mencari dan menemui jawapan. Meskipun perpisahan akhirnya akan menjadi kata-kata yang tertulis pada skrip kehidupan, saya pasti itu bukan babak terakhir yang akan saya lakonkan. Perjalanan ini tetap disinari dengan kata-kata cahaya.

Dengan cahaya itu, saya berjaya menyiapkan kumpulan puisi ini yang menyisipkan sebanyak 40 buah puisi kepada para pembaca.

Selamat meneroka dan disinari jawapan.

Lim Wei Wen, Ogos 2023

Perjalanan

  1. 2021

    Alumni Minggu Penulis Remaja.

  2. 2021

    Pemenang Sayembara SAHARA edisi Ogos, anjuran Persatuan Penyair Malaysia.

  3. 2021

    Naib Johan Sayembara Penulisan Menara, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka.

  4. 2024

    Kumpulan puisi sulung Pascamalam diterbitkan oleh Nusa Centre.

Karya pernah tersiar

Senarai seperti yang tercatat dalam buku. Tarikh dan isu bagi setiap karya belum disahkan.

Lihat PASCAMALAM →

Tiga bahagian

PASCAMALAM disusun dalam tiga bahagian. Susunan dan tajuk mengikut naskhah bercetak; gaya huruf diseragamkan untuk paparan.

  1. 01

    CAHAYA TUMBUH

    19 puisi · bermula halaman 2

  2. 02

    langit masih cerah di situ

    11 puisi · bermula halaman 22

  3. 03

    setelah mengenali cahaya

    10 puisi · bermula halaman 34

Ditulis di

Kebanyakan puisi dalam buku ini membawa nama tempat ia ditulis. Inilah peta perjalanan itu, dikira daripada naskhah — tiga puisi lain merekodkan majalah tempat ia tersiar, bukan sebuah tempat.

Perjalanan ini tetap disinari dengan kata-kata cahaya.

Lim Wei Wen, Prakata Ogos 2023